Bercuti di London & Cardiff Part 1

/
0 Comments
Bila baca blog Kak Safura tergerak hati jugak nak tulis entry ni. Dulu dah pernah tulis tp blog sudah tidak wujud. Meh kita tulis sekali lagi. Semua ini bermula bila saya obses dengan peraduan yang di anjurkan oleh BCard. BCard ni kira macam kad Bonuslink tu, dapat point.

Sebenarnya ni dah masuk kali ke-3 saya join. Yang pertama join, grand prize pi London jugak plus tengok bola live dari sana. Tapi saya hanya menang hadiah saguhati sahaja. Takpa lah, saya cuba lagi kali ke-2 tak menang langsung. Ahahaha! Dan last sekali, kali ke-3 Allah makbulkan doa saya. 

Pada  13 Mac 2014, saya dapat call dari pihak BCard, Encik Firdaus namanya, dia call nak bagitau "TAHNIAH, AWAK PEMENANG GRAND PRIZE!" (takdalah dia jerit camni) hihi. Ya Allah masa tu ketaq satu badan saya. Saya tengah sedap-sedap makan mi goreng sampai tak lalu makan dah. Yalah, mulut tak henti-henti cakap nak pi UK, nak pi UK. Hihi. Akhirnya, saya berpeluang juga. Thank you BCard! Thank you Umobile, thank you Caltex dan thank you Berjaya Group for this amazing experience!


Nama saya paling atas. Terima kasih BCard. Sayanggg BCard. Hehehe. Trip saya ni bermula 20hb Mac 2014 hingga 24 Mac 2014. Tak lama pun, jadilah semua free kan. Last minute pulak tu. Jom kita tengok apa yang saya buat sepanjang berada di sana.


Penginapan semasa di London, Berjaya Eden Park London dari luar.

View dari bilik saya di tingkat 3. Cantik betul sekawan awan tuuu.

View dalam bilik. Bilik kecil untuk berdua. Harga tak kecil. Roomate saya nama dia Sabrina aka Vee (rindu).

 Kensington Gardens, dulunya private Royal Park. Sekarang dah public.

Hari ke-2 kat sana, kami kena bangun awal, dan breakfast. Lepas breakfast terus bergerak ke Cardiff. Tujuan utama trip ni nak tengok Live Match Cardiff vs Liverpool. Perjalanan 3 jam. Mengantuk sangat tapi tahan mata sebab takmau terlepas view rural area yang hijau-hijau. 


Breakfast sebelum berlepas. Makan kenyang-kenyang.


Sebelum bergerak ke Cardiff, group photo satu kali!

Sebelum game, cantik betul padang dia. Nampak tak Visit Malaysia di situ?

Tiket kami, Media Box. Cardiff City vs Liverpool #teamcardiffcity

During game. Ahaha apa lagi makan, makan, makan!

 Waaaahhh, fullhouse! Penalti kick!

Separuh masa, boleh keluar. Hisap rokok. Bukan saya la, yang lain-lain. Hihi.

After the game! Jom balik! Belummmmmm. Jumpa Ayahanda dulu :P

Jumpa Ayahanda Tan Sri Vincent Tan dulu ye. Thank you bawa kami ke sini! (Credit-Kai)

Bye-bye Cardiff! Nanti saya datang lagi!

Selepas selesai tangkap gambar di sekitar kawasan stadium ni, kami pun beredar pulang ke London. 3 jam lagi. Maka, semua orang tidur. Sampai di hotel lebih kurang jam 10.30 malam, tapau makanan di Noodle Oodle dan pulang ke hotel. Oh katilkuuuu!

Keesokan harinya,  hari ke-3 semua orang boleh suka hati jalan-jalan. Saya pilih untuk ke Emirates Stadium sebab teringin nak experience Stadium Tour. Memang dah budget dari awal lagi dai Malaysia. Lepas tour, shopping sikit, tangkap gambar, tawaf Emirates Stadium kami gerak ke Camden untuk lunch dan cuci mata. Nak shopping tak bawa duit belanja banyak-banyak. Tengok-tengok sahaja.


 Weehuuu! Sudah sampai :)

 Nah Emirates Stadium untuk awak-awak semua. 

Wuuu changing room para players. Ambil bau peluh sikit :p

 Seat Wenger mungkin.

Lunch hour di Camden. Sesak, ramai pengunjung. Jom cari makan.

Semasa di Camden ni, takyah risau pasal makanan. Banyak Halal food. Siap boleh cakap Melayu lagi tau pekerjanya. Sibuk suruh kita makan kat kedai dia, sebab kedai lain katanya makanan semalam. Tak baik betul! Lastly, kami pilih Little India untuk lunch hari ini. Sedap mutton curry dan kari ayam diaaaa! 


1 nasi, 2 lauk, GBP4.

Tadaaaa, rindu makanan ni. Sedappppp! Makan tepi terusan.

Sudah kenyang! Mari shopping.

Lepas makan, saya jalan-jalan di sekitar Camden. Boleh gila jadinya. Semua rasa nak beli. Malangnya yang berkenan di hati tak ada size pula. Dari Camden, naik tube ke Oxford Street. Nak cari Primark. Bila dah sampai di sana, shopping tak ingattttt. Semua pun nak beli. Masa kat Primark tak ada gambar. Sebab sibuk memilih barang :) Dah letih shopping, maka bergeraklah saya pulang ke Bayswater. Naik double-decker bus. Guna the same Oyster card saja. 

 Gambar selepas shopping ada la. Hihi. Betullll muraaaaahhh tak tipu.

Niketown, cantik sangat building dia. Snap dari dalam bas saja.

Marble Arch dari dalam bas juga, tak sempat pun pi sini :(

Black cab and double decker bus is everywhereeee.

Atas tu Thistle Hotel, bawah tu pulak stesen minyak.

Dah sampai hotel, kawan-kawan lain ajak dinner sekali di Noodle Oodle. Apa lagiiii, kita makan itik laaa! Hehe tak penah-penah makan itik kat Malaysia, hitikkk London jugak kau nak yaaa Cik Intan!


My roomate for 4 days, Vee. Yang lelaki itu wakil dari U Mobile. Mr Jason. Thank you Jason jaga kami.

Itikkuuuu, wangi dan sedap.

Dried noodle from Noodle Oodle. Halal Chinese cuisine, Bayswater.

Okay, tamat hari ke-3 di bumi Ratu ini. Untuk last day, saya buat entri yang lain. Special sikit. Banyak lagi gambar dan moment yang menarik. Tapi tak baik yeee menunjuk. Nanti Tuhan marah. Hihihi.


P/S: Setiap detik, jujur saya kata, saya rindu London. InsyaAllah kita jumpa lagi nanti. I would love to explore United Kingdom. I wanna visit Iceland. I want to visit Scotland. Ok bye!


You may also like

No comments: