Bila baca blog Kak Safura tergerak hati jugak nak tulis entry ni. Dulu dah pernah tulis tp blog sudah tidak wujud. Meh kita tulis sekali lagi. Semua ini bermula bila saya obses dengan peraduan yang di anjurkan oleh BCard. BCard ni kira macam kad Bonuslink tu, dapat point.

Sebenarnya ni dah masuk kali ke-3 saya join. Yang pertama join, grand prize pi London jugak plus tengok bola live dari sana. Tapi saya hanya menang hadiah saguhati sahaja. Takpa lah, saya cuba lagi kali ke-2 tak menang langsung. Ahahaha! Dan last sekali, kali ke-3 Allah makbulkan doa saya. 

Pada  13 Mac 2014, saya dapat call dari pihak BCard, Encik Firdaus namanya, dia call nak bagitau "TAHNIAH, AWAK PEMENANG GRAND PRIZE!" (takdalah dia jerit camni) hihi. Ya Allah masa tu ketaq satu badan saya. Saya tengah sedap-sedap makan mi goreng sampai tak lalu makan dah. Yalah, mulut tak henti-henti cakap nak pi UK, nak pi UK. Hihi. Akhirnya, saya berpeluang juga. Thank you BCard! Thank you Umobile, thank you Caltex dan thank you Berjaya Group for this amazing experience!


Nama saya paling atas. Terima kasih BCard. Sayanggg BCard. Hehehe. Trip saya ni bermula 20hb Mac 2014 hingga 24 Mac 2014. Tak lama pun, jadilah semua free kan. Last minute pulak tu. Jom kita tengok apa yang saya buat sepanjang berada di sana.


Penginapan semasa di London, Berjaya Eden Park London dari luar.

View dari bilik saya di tingkat 3. Cantik betul sekawan awan tuuu.

View dalam bilik. Bilik kecil untuk berdua. Harga tak kecil. Roomate saya nama dia Sabrina aka Vee (rindu).

 Kensington Gardens, dulunya private Royal Park. Sekarang dah public.

Hari ke-2 kat sana, kami kena bangun awal, dan breakfast. Lepas breakfast terus bergerak ke Cardiff. Tujuan utama trip ni nak tengok Live Match Cardiff vs Liverpool. Perjalanan 3 jam. Mengantuk sangat tapi tahan mata sebab takmau terlepas view rural area yang hijau-hijau. 


Breakfast sebelum berlepas. Makan kenyang-kenyang.


Sebelum bergerak ke Cardiff, group photo satu kali!

Sebelum game, cantik betul padang dia. Nampak tak Visit Malaysia di situ?

Tiket kami, Media Box. Cardiff City vs Liverpool #teamcardiffcity

During game. Ahaha apa lagi makan, makan, makan!

 Waaaahhh, fullhouse! Penalti kick!

Separuh masa, boleh keluar. Hisap rokok. Bukan saya la, yang lain-lain. Hihi.

After the game! Jom balik! Belummmmmm. Jumpa Ayahanda dulu :P

Jumpa Ayahanda Tan Sri Vincent Tan dulu ye. Thank you bawa kami ke sini! (Credit-Kai)

Bye-bye Cardiff! Nanti saya datang lagi!

Selepas selesai tangkap gambar di sekitar kawasan stadium ni, kami pun beredar pulang ke London. 3 jam lagi. Maka, semua orang tidur. Sampai di hotel lebih kurang jam 10.30 malam, tapau makanan di Noodle Oodle dan pulang ke hotel. Oh katilkuuuu!

Keesokan harinya,  hari ke-3 semua orang boleh suka hati jalan-jalan. Saya pilih untuk ke Emirates Stadium sebab teringin nak experience Stadium Tour. Memang dah budget dari awal lagi dai Malaysia. Lepas tour, shopping sikit, tangkap gambar, tawaf Emirates Stadium kami gerak ke Camden untuk lunch dan cuci mata. Nak shopping tak bawa duit belanja banyak-banyak. Tengok-tengok sahaja.


 Weehuuu! Sudah sampai :)

 Nah Emirates Stadium untuk awak-awak semua. 

Wuuu changing room para players. Ambil bau peluh sikit :p

 Seat Wenger mungkin.

Lunch hour di Camden. Sesak, ramai pengunjung. Jom cari makan.

Semasa di Camden ni, takyah risau pasal makanan. Banyak Halal food. Siap boleh cakap Melayu lagi tau pekerjanya. Sibuk suruh kita makan kat kedai dia, sebab kedai lain katanya makanan semalam. Tak baik betul! Lastly, kami pilih Little India untuk lunch hari ini. Sedap mutton curry dan kari ayam diaaaa! 


1 nasi, 2 lauk, GBP4.

Tadaaaa, rindu makanan ni. Sedappppp! Makan tepi terusan.

Sudah kenyang! Mari shopping.

Lepas makan, saya jalan-jalan di sekitar Camden. Boleh gila jadinya. Semua rasa nak beli. Malangnya yang berkenan di hati tak ada size pula. Dari Camden, naik tube ke Oxford Street. Nak cari Primark. Bila dah sampai di sana, shopping tak ingattttt. Semua pun nak beli. Masa kat Primark tak ada gambar. Sebab sibuk memilih barang :) Dah letih shopping, maka bergeraklah saya pulang ke Bayswater. Naik double-decker bus. Guna the same Oyster card saja. 

 Gambar selepas shopping ada la. Hihi. Betullll muraaaaahhh tak tipu.

Niketown, cantik sangat building dia. Snap dari dalam bas saja.

Marble Arch dari dalam bas juga, tak sempat pun pi sini :(

Black cab and double decker bus is everywhereeee.

Atas tu Thistle Hotel, bawah tu pulak stesen minyak.

Dah sampai hotel, kawan-kawan lain ajak dinner sekali di Noodle Oodle. Apa lagiiii, kita makan itik laaa! Hehe tak penah-penah makan itik kat Malaysia, hitikkk London jugak kau nak yaaa Cik Intan!


My roomate for 4 days, Vee. Yang lelaki itu wakil dari U Mobile. Mr Jason. Thank you Jason jaga kami.

Itikkuuuu, wangi dan sedap.

Dried noodle from Noodle Oodle. Halal Chinese cuisine, Bayswater.

Okay, tamat hari ke-3 di bumi Ratu ini. Untuk last day, saya buat entri yang lain. Special sikit. Banyak lagi gambar dan moment yang menarik. Tapi tak baik yeee menunjuk. Nanti Tuhan marah. Hihihi.


P/S: Setiap detik, jujur saya kata, saya rindu London. InsyaAllah kita jumpa lagi nanti. I would love to explore United Kingdom. I wanna visit Iceland. I want to visit Scotland. Ok bye!
 
Hotel

Sila booking hotel siap-siap sebulan atau dua bulan lebih awal untuk dapat harga yang jauh lebih murah! Masa saya di sana, saya menginap di Pop! Hotel, Kuta. Hotel ni lebih kurang macam Tune Hotel (macam cabin, kecil tapi selesa) tapi wayyyyy better sebab ada

  • breakfast percuma setiap pagi (nasi dan air sahaja tapi kenyang)
  • ada swimming pool
  • tak perlu bayar untuk aircond
  • ada safety box, memang selamat confirm, terjamin
  • ada televisyen tak perlu bayar
  • AFFORDABLE

Masa saya booking, bilik ada queen bed for 2 pax, pool view room beharga RM75 semalam. Memang sangat berbaloi dengan harga. Terletak di tengah-tengah bandar Kuta, 20 minit dari airport (naik kereta), dekat dengan K-Mart (Macam 7E konsepnya) dan walking distance to shopping area, massage area, kedai makan etc.

Sekitar area Pop! Hotel ni ada banyak kedai-kedai seperti Roxy, Quiksilver, Hurley, Rip Curl dannn bukan satu kedai 3,4 kedai yang sama sepanjang jalan. Sediakan ongkosnya ya!


Supir

Okay, untuk supir mula-mula saya email Mas Yanto (owner) bagitau nak booking supir untuk 4 hari termasuk airport transfer. Harga yang ditawarkan adalah murah, jadi saya tak minta kurang pun. Sebab saya rasa berbaloi. Sedikit info yang saya ingin kongsi dengan anda jika anda memerlukan khidmat Supir semasa di Bali:


"Untuk harga nya 1 hari fullday tour IDR350,000 sudah sama minyak dan supir guna kereta Avanza, jadi satu Avanza boleh cukup untuk 5 atau 6 orang,


Bila jemput je dari airport hantar ke hotel IDR50,000 bila hotel nya area Kuta dan Legian.

Ini nomor fhon saya +62817556488 dan +6281236540997 (Yanto)
email: ytobalitour@gmail.com" 


Nota kaki:
Masa saya sampai, Mas Yanto busy, mungkin balik kampung atau handle trip lain, dia kasi supir lain yang bernama Mas Zainal. Baik, muda, ada cewek Jepang (dia bagitau) sesekali kami belanja dia makan, sebab dia baik, peramah, banyak sembang pasal lagu Indonesia, cerita dia, cerita masyarakat indonesia dan lain-lain lagi. Kami dapat kereta...tak ingat tapi sama macam Avanza, nama ja lain. Selesa.

Sesiapa berminat boleh la gunakan khidmat Mas Yanto ni. Saya kasi 8 bintang!

Tour

Okay pasal tour pulak, mula-mula kemain senarai tak mau kalah kan. Sebaik sampai, dah lewat dah tapi Mas Zainal bawak kami pi makan dulu sebelum check in, masa makan ni dia bawak keluaq peta, peta tu ada attraction places kita boleh pilih nak pi mana dulu and dia guide kita. So pilih la.

Hari pertama kami pilih untuk ke:
  • Tegallalang (padi botingkek-tingkek- oh, lagu ni famous kat Indonesia masa tu.)
  • Mount Batur
  • Monkey Forest
  • Kopi Luwak

Tegallang Paddy Terrace, Ubud, Bali. Meet Mira, my travel buddy, my bestfriend.Tegallang Paddy Terrace, Ubud, Bali. Meet Mira, my travel buddy, my bestfriend.

Ambil masa satu hari perjalanan sebab jauh tempat ni tapi spectacular view okay!

Hari ke-2 kami pilih untuk ke:
  • Nusa dua (watersport-tapi tak main-takdak dalam budget)
  • Pandawa beach
  • Padang-padang beach (masa ni semput sebab tangga dia mak oi tinggi okay, pastu panas gila hahaha!)
  • Dreamland
  • Garuda Wisnu Kencana (paling best)
  • Uluwatu
  • Factory Outlet hunt (shopping tak hingattt)

Panoramic view of Padang-Padang Beach, Bali. Eat Pray Love film set.Panoramic view of Padang-Padang Beach, Bali. Eat Pray Love film set.

Worth a second visit, Garuda Wisnu Kenchana (GWK) my favorite.Worth a second visit, Garuda Wisnu Kenchana (GWK) my favorite.

Hari ke-3 kami pilih untuk ke:
Patutnya ke Ulu Danu. Memang saya nak sangat sangat pi tapi salah sorang ahli trip ni kata tak mau (letih katanya, padahal nak shopping) tulahhh masa kita sibuk buat itenarary awak taknak join! Jadi kita withdraw saja dan yes ada chance nak pi Bali sekali lagi!
  • Shopping di Kuta
  • Shoppingggg
  • Bergerak ke Tanah Lot lepas lunch
  • Krishna-shopping lagi!

Panoramic view of Tanah Lot, BaliPanoramic view of Tanah Lot, Bali

Itu sajalah aktiviti di sana. Supir amat berguna. Nak drive sendiri? Silakan. For me, kalau awak-awak dok lama kat Bali tu 2,3 minggu boleh la drive sendiri. Tapi kalau short trip takyah nak cabar diri nak drive. Nak sewa kereta lagi la, minyak, driving jauh plus sesat, jammed, letih, elok dah sampai attraction place dah takdak tenaga nak jalan-jalan.

Budget

Okay untuk budget pula, masa saya beli tiket (last minute) dapat harga RM380 untuk return which is mahal sebab kalau masa promo boleh dapat RM200++ untuk return tiket.

Saya bagi budget untuk seorang ya.

Flight+Meal+Seat+Luggage
RM450

Hotel
RM100 (4 malam)

Supir+airport transfer
RM100/pax (5 hari)

Wang belanja+entrance fees+makan+minum+shopingg
RM500

Airport tax(wajib) masa nak balik ke Malaysia
RM45 ~ IDR 150 000

TOTAL: RM1195
 
Other important tips.
  • Sila pastikan booking hotel di area Kuta Beach atau Legian sebab memang happening dan dekat dengan airport, elakkan booking di Ubud sebab sangattt jauh.
  • Hard Rock Cafe di Kuta Beach. Mengadap Laut.
  • Kuta Beach ni macam Pantai Cenang tapi 5 bintang, Pantai Cenang 2 bintang. Ada mall besar.
  • Ada banyak sangat outlet di sekitar Kuta, sediakan duit banyak-banyak sebab barang seperti Volcom, Quiksilver, Roxy, Ripcurl sangatlahhhh murah.
  • Hati-hati dengan monyet di Uluwatu, they are gangsterrr! Monyet di Monkey Forest okay sajo, baik-baik.
  • Tanah lot kena pi petang-petang untuk aweeeesome view and sunset!
  • Makan tak susah banyak kedai halal, masakan padang, minang misalnya. Cuma cari dengan betul-betul ataupun tanya supir.
  • Orang Bali sukaaaa sangat hon honnnn bukan marah, tapi bagi pemandu lain alert dengan kehadiran kita.
  • Jalan nya sempit, supir bawak macam flash tapi selamat (baca doa banyak-banyak)
  • Bebas penjenayah, peragut sebab depa sangat jaga tourist.
  • Australian adalah paling ramaaaiiii di Bali, semua club, bar and hotel semua depa punya.
  • Banyak anjing, kurang kucing.
  • January-February masa sesuai ke Bali, kurang hujan tapi panas. Sesuai la nak sun tanned gitu.
  • Elakkan ada di Bali pada bulan Mac sebab ada satu perayaan "Nyepi". Perayaan "Nyepi" disambut pada bulan Mac setiap tahun, tetapi tarikh berbeza. Masyarakat Bali ada kalendar mereka sendiri. Pada hari ini semua aktiviti tak dijalankan. Tourist kat sana pun tak boleh buat apa-apa aktiviti.

Semasa perayaan nyepi, masyarakat Bali akan berpuasa, dan tidak dibenarkan keluar rumah. Hotel ditutup, kedai tutup, penerbangan dihentikan dan segala aktiviti luar adalah dilarang sama sekali. Kalau kita melanggar peraturan itu, kita akan di saman. Jika ada pelancong yang kebetulan ada di sana semasa perayaan nyepi, mereka tidak dibenarkan keluar dari hotel. Staf hotel akan menyediakan aktiviti untuk mereka lakukan di sepanjang 24 jam hari Nyepi itu.



Okay, itu saja! Jom ke Bali!